Saturday, May 31, 2008

DOAKAN KEJAYAAN KAMI KONTINJEN TERENGGANU

"Ya Allah Perkenankanlah Pemuda Kami Dari Kontinjen Terengganu Sukma XII Terengganu 2008 dan Kurniakanlah kejayaan kepada mereka."

Monday, May 19, 2008

Penyokong Pas Bertindak Menghalang Bas


Penyokong PAS yang cuba menghalang perjalanan bas sewa khas yang membawa pelajar Terengganu pulang mengundi di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 7 Mac 2008.

Polis Menjaga Keamanan Negara


Anggota Polis ketika mengawasi penyokong parti pembangkang yang merusuh di Rusila, Marang pada 8 Mac 2008 lalu.

FRU MENJAGA KESELAMATAN PELAJAR


Anggota polis FRU mengawasi penyokong Pas yang menghalang bas sewa khas membawa pelajar.

Budaya Bertopeng Penyokong Parti Pembangkang

Penyokong parti pembangkang memakai penutup muka ketika merusuh pada hari pengundian 8 Mac 2008 di Rusila, Marang.

Penyokong Pas Menghalang Bas

Penyokong Pas menghalang perjalanan bas sewa khas membawa pelajar Terengganu pulang mengundi di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 7 Mac 2008.

Ditahan Kerana Menyimpan Kad Pengenalan Orang Lain


Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaakob berbincang dengan anak Presiden Pas yang ditahan kerana menyimpan kad pengenalan orang lain pada hari pengundian 8 Mac 2008.

Menghalang Perjalanan Bas

Anggota FRU mengawasi penyokong parti PAS yang menghalang perjalanan bas sewa khas yang membawa pelajar Terengganu balik membuang undi. Kejadian berlaku di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 7 Mac 2008.

Polis Menenangkan Keadaan

Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaacob menenangkan penyokong parti pembangkang yang merusuh pada 8 Mac 2008.

Laporan Polis oleh Pesara Telekom


Pesara Telekom Malaysia membuat laporan polis setelah keretanya dirosakkan oleh penyokong Pas ketika masuk ke simpang tiga Medan Jaya, Rusila pada 8 Mac 2008.

Kepercayaan Aneh Penyokong Parti Pembangkang

Penyokong parti pembangkang yang mendakwa wujud pengundi hantu pada hari pengundian 8 Mac 2008 di Rusila, Marang. Persoalannya kenapa mereka perlu menutup muka apabila mereka membuat tuduhan itu? Tampil ke depan jika mereka kononnya betul.

Laporan Polis Dibuat Oleh Mangsa

Kejadian berlaku di Kg. Kelulut, Marang ketika mangsa berjalan menuju ke pusat mengundi di Sek. Keb. Kelulut, Marang.

Penyokong Parti Pembangkang Merusuh

Anggota FRU mengawasi penyokong parti pembangkang yang merusuh pada hari pengundian 8 Mac 2008 di Rusila, Marang.

Cedera parah dipukul penyokong PAS.

Saturday, May 17, 2008

Program Penanaman Padi Bermula Bulan Depan


16 MEI 2008

Kampung Pak Kancil, Setiu dipilih sebagai lokasi program Jelapang Padi Negeri yang akan diusahakan di atas tanah berkeluasan 4,000 hektar secara sementara (TOL) bermula bulan depan.

Program yang akan disertai petani tempatan secara sepenuh masa itu bertujuan untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka seterusnya membantu meningkatkan bekalan makanan untuk keperluan tempatan pada masa depan.

"Buat permulaan, 100 petani akan diberikan kawasan tanaman padi masing-masing seluas empat hektar dan mereka perlu mengusahakan tanaman tersebut sepenuh masa. Mana-mana petani yang tidak mengusahakan tanah ini, kita akan tarik balik dan berikan kepada orang lain yang lebih berminat," katanya.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata demikian ketika ditemui media pada program Pemimpin Bersama Rakyat, di Padang Astaka, Cukai, Kemaman pada 16 Mei, 2008.

Hadir sama, Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera dan Yang DiPertua Kemaman, YB Encik Mustofa B. Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Dato’ Ahmad berkata sebagai permulaan, Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan bagi kerja-kerja membersihkan kawasan berkenaan selain membina pengairan serta menyediakan benih padi kepada petani terbabit.

"Bagi musim pertama ini, kita akan berikan bantuan-bantuan tersebut dan bagi musim kedua, kita mungkin beri bantuan alat membajak dan sebagainya bagi mereka mengusahakan tanaman tersebut sendiri," katanya.

Bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan Negeri akan membuka kira-kira 40,000 hektar kawasan tanaman padi menerusi konsep itu, dalam usaha untuk membantu golongan miskin.

"Pada masa ini, kita telah kenal pasti kira-kira 10,000 hektar kawasan tanah sawah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman padi," katanya.

Sebanyak RM40 juta disediakan bagi melaksanakan keseluruhan projek berkenaan, termasuklah memberikan bantuan benih padi dan membuat sistem pengairan.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan membuka kawasan tanaman kelapa sawit di seluruh Terengganu, yang akan diusahakan oleh gologan miskin dan ibu tunggal bagi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit.

Sementara itu, hampir 10 ribu pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendekati pemimpin tertinggi negeri dalam program yang bermula jam 8 malam itu.

Penonton disajikan dengan pelbagai persembahan, termasuklah pertunjukan bunga api, persembahan sihat, tarian singa dan persembahan dari artis tempatan selain 19 gerai makanan dan minuman beraneka produk makanan disajikan kepada pengunjung.

Tuesday, May 13, 2008

Hampir 90 Peratus Pelatih TATiUC Dapat Kerja

12 MEI 2008

Hampir 90 peratus pelatih yang lulus berkursus dalam Program Peningkatan Kemahiran Industri (Insep) Kolej Universiti (Terengganu Advance Technical Institute) Tati (TATiUC) berjaya mendapat pekerjaan masing-masing sejak program itu mula diperkenalkan enam tahun lalu.

Terbaru, seramai 120 graduan berjaya menamatkan kursus Insep yang dijalankan selama enam hingga sembilan bulan di TATiUC yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Dato’ Dr Abdul Latiff Awang.

Program Insep merupakan program di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditawarkan sejak 2002 dan telah melatih 259 graduan dalam pelbagai bidang.

Antara kursus yang dijalankan di bawah Insep ialah Press Tool and Mould Making, CNC Technology, Water and Waste Water Analysis, Industrial Design, Material Engineering For Industry, CISCO Certified Network Associate (CCNA) dan Industrial Motor Control.

Dalam pada itu, seramai 31 orang graduan baru sahaja mengikuti program Insep kemasukan 2008 melibatkan Industri Motor Control (6 pelatih), Water and Waste Water Analysis (15 pelatih) dan Industrial Design (10 pelatih).

Dato’ Dr Abdul Latiff berkata, TATiUC akan menerima 600 pelajar baru pada kemasukan 2008/2009 berbanding permohonan dari pelajar lepasan SPM/STPM yang memohon mengikuti program diploma, Sijil HND dan Ijazah di TATiUC seramai 3,000 calon.

Sehingga kini, beliau berkata jumlah pelajar yang mengikuti latihan dan pengajian di TATiUC seramai 1,200 orang.

“TATiUC menghadapi kekangan dari segi kemudahan asrama berikutan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa dan kita jangka bangunan asrama dan pentadbiran yang sedang dibina akan dapat digunakan sepenuhnya pada Ogos ini,”katanya ketika sidang akhbar sejurus penyampaian Sijil Insep TATiUC, di Mawar Ballroom, Awana Kijal, Kemaman.

Sementara itu, Dato’ Dr Latiff berkata, TATiUC juga akan mengambil 30 pelajar pada kemasukan Jun ini bagi mengikuti kursus baru iaitu kursus Asas Sains Pembantu, selain satu kursus di peringkat Ijazah dalam Kejuruteraan Teknologi Pembuatan.

Dalam pada itu, seramai tujuh pelajar menerima Anugerah Pelajar Terbaik iaitu Muhamad Aizuddin Mat Lazim (Kursus Materials Engineering For Industry - Sesi 2006/2007), Dzuhir Mohamad (Kursus CNC Technology -Sesi 2006/2007) dan Mohd Pakhrurazi Mamat (Kursus CNC Technology-Sesi 2007).

Manakala, Masni Mamat Khalid (Kursus Water & Waste Water Analysis(WWA) -Sesi 2006/2007), Aidil Faszrul Abd Rahim (Kursus WWA -Sesi 2007), Nor Nadia Kamarudin (Kursus Industrial Design - Sesi 2006/2007) dan Nor Azlina Abdul Rahman (Kursus Industrial Design-Sesi 2007/2008).

Monday, May 12, 2008

LIMA PULUH RIBU PENGUNJUNG BANJIRI STADIUM SMZA

CUACA yang baik tiba-tiba bertukar hujan tidak menghalang hampir 50 ribu pengunjung untuk tidak berganjak bagi menyaksikan atucara sepanjang Majlis Perasmian Stadium Utama, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Kuala Terengganu, malam semalam (10 Mei 2008).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan menyampaikan titah perasmian sebelum meletakkan tangan pada bola kristal yang diikuti dengan pantulan cahaya tertulis `Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin’ serta tembakan bunga api ke ruang udara.

Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam ucapannya berkata stadium paling canggih, besar dan moden di Pantai Timur itu sudah lama dirancang namun baru kini ia menjadi kenyataan.

Katanya, stadium yang mampu memuatkan kapasiti 50 ribu penonton itu bakal digunakan sebagai venue utama sempena Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu Ke-12 penghujung Mei ini.

“Kerajaan Negeri berasa bangga dengan adanya kemudahan sukan yang termoden di Pantai Timur, menunjukkan pihak kerajaan serius ingin memajukan sukan tempatan seterusnya dapat melahirkan atlit bertaraf antarabangsa,”katanya.

Hadir sama, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Ahli-ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja; Pegawai Kanan Kerajaan Negeri serta Exco Negeri.

Kemuncak majlis perasmian itu diserikan dengan kemunculan dua artis terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain yang menyampaikan beberapa lagu popular mereka. Majlis turut diselangi dengan beberapa persembahan kebudayaan dari artis kebudayaan Muzium Negeri dan 1,000 pelajar sekolah dari sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Selain itu, penganjur turut mempersembahkan tarian akrobatik yang dibawa khas dari Cina untuk tatapan umum di majlis yang tamat hampir tiga jam kemudian.

Tambah Dato’ Ahmad, kemudahan yang disediakan kini menuntut atlit tempatan untuk berusaha lebih gigih dalam memajukan bidang sukan yang diceburi seterusnya melonjakkan nama Terengganu di persada dunia.

Kerajaan Negeri akan memastikan stadium dibina bermula 27 Mac 2005 dengan kos RM270 juta oleh tiga syarikat tempatan secara ‘joint venture’ digunakan semaksimum mungkin bagi menjadikan sukan antara agenda utama pembangunan negeri ini.

Sementara itu, perasaaan gembira dan teruja turut dikongsi beberapa pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

Puan Fauziah Awang, 49, dari Felda Kampung Rahmat, Setiu melahirkan rasa bangga dengan terbinanya stadium paling canggih dan terhebat di Pantai Timur itu.

“Kemudahan sukan yang ada di Terengganu hampir sama seperti di Bukit Jalil, Kuala Lumpur jadi Terengganu kini mampu bersaing dengan negeri maju serta tidak lagi ketinggalan seperti dulu, katanya.

Manakala Puan Norizan Abd Rashid, 47, dari Setiu juga sependapat dan berharap nama Terengganu terus menjadi sebutan ramai.

"Kalau boleh biarlah negeri kita mampu melahirkan atlit sukan yang terbaik di peringkat kebangsaan seterusnya antarabangsa,"katanya.

Pendapat itu turut dikongsi pengunjung dari Kampung Bukit Payung, Marang, Encik Ridzuan Ismail, 27, yang melahirkan rasa gembira kerana Terengganu kini mempunyai kompleks sukan serba lengkap.

“Harapan saya supaya orang ramai dapat memanfaatkan sebaik mungkin kompleks sukan tersebut, kerana pelbagai jenis gelanggang sukan dan prasarana tersedia di sini,”katanya.